Sunday 20 May 2012

UiTM di hatiku :)

assalamualaikum w.b.t

no idea untuk memulakan cerita... so terus jela ea ke tajuk utama... hehe >_<

sejak aku dibangku sekolah rendah lagi, aku memang b'cita-cita untuk menyambung pengajian di universiti teknologi mara (uitm)... aku x tahu kenape bile orang sebut2 tentang uitm aku jadi lebih semangat nak belajar... mungkin sebab uitm 1 universiti yang amat terkenal, lagipun setiap negeri ada 1 kampus yang khas khusus untuk fakulti2 yang terpilih... kire hebat la tu! hehe =>

tapi semuanya hilang dalam sekelip mata ketika aku mula melangkahkan kaki masuk ke alam sekolah menengah... aku terlalu 'lost' ketika itu... biase la budak kecik baru nak 'up' jadi remaja, aku banyak abaikan pelajaran + sibuk dengan aktiviti (sukan, amal islami) dan last2 nye bile result dah kuar, nyesal gler tak belajar rajin2 dulu... T_T

time permohonan upu keluar, aku excited apply... U yang pertama aku apply mestilah uitm, course ape aku dah lupe :p waktu result keluar dan dukacitanya aku tak dapat sambung ~ aku rase sedih sangat2... 'nasi sudah menjadi bubur' luluh hati aku... aku terus memikirkan mase depan aku... apa aku perlu buat sekarang?! aku memohon petunjuk dari Allah semoga diberi kesempatan untuk aku merasai juga 'life' seorang student U... alhamdulillah doaku dimakbulkan... aku diterima masuk 1 kolej yang bekerjasama dengan uitm (universiti yang aku suka! hehe) dalam jurusan kejururawatan... kebetulan pada tahun tu, nursing memang amat diperlukan so lepas dipikir2 semula mungkin rezeki aku ada disana...

mungkin cara p'belajaran aku dikolej dengan student yang di induk amat berbeza, tetapi ada juga persamaan antara kami seperti 'paper final exam'... dalam masa yang sama, aku turut merasai seperti student mereka yang disana... :) perjanjian mula2 belajar cuma 3 tahun tapi disebabkan kecuaian aku sendiri terpaksalah tambah lagi 1 sem... aduh sakitnye waktu tu aku dan Allah saje yang tahu... kecewanye aku sebab dah menghampakan harapan ibu dan ayah... rasa bersalah sangat2... :'(

pada 1 sem tambahan itulah aku menebus kembali kesalahan yang dulu... aku berazam untuk m'habiskan juga pengajianku pada tahun itu... aku bekerja keras dengan harapan azamku akan tercapai... selain itu, memohon doa daripada Allah serta restu daripada ibu dan ayah akhirnya aku berjaya juga menamatkan pelajaranku pada penghujung tahun 2011... syukur yang t'amat! alhamdulillah :)

pada tanggal 14.mei.2012, aku menghadiri majlis konvokesyen untuk diriku buat pertama kalinya... syukur alhamdulillah, walaupun aku tidak berkesempatan untuk belajar di induk, peluang aku konvo di induk merupakan 1 kenangan yang tak mungkin aku lupakan... kenangan terindah untuk aku ~ ^_^

tempat aku convo... insyaAllah sekiranya ada umur yang panjang, aku akan datang lagi kesini... AMIN :)

~ convocation yang ke-76 ~

aku sidang yang ke-4 tapi yang pertama untuk hari tersebut... (fakulti sains kesihatan)

dalam short list aku bernombor 43 tapi in long list aku yang ke-503! huhu O_O

lirik lagu uitm ^_^

syukur alhamdulillah impian aku tercapai :)
NURULL ATIQAH BINTI AZMI
DIPLOMA KEJURURAWATAN (HS110)

senyum dengan kesyukuran ~ terima kasih Ya Allah

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... semua teman2 termasuk aku gembira dengan kejayaan yang kami kecapi... bagi aku, akan aku jadikan hari tersebut pembakar semangat untuk aku menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya... semoga cita2 aku kali ini akan dimakbulkan 1 hari nanti... insyaAllah, AMIN :)

wassalam ~

No comments:

Post a Comment