Saturday 26 November 2011

mencari yang pasti ~

assalamualaikum pada semua pembaca,

|| CINTA + LOVE...

1 perkataan yang sangat indah...

" I LOVE U" , " SAYA CINTAKAN AWAK"

ungkapan yang sangat di nantikan serta sangat dihargai apabila di ucapkan oleh insan yang disayangi...
bukan sahaja untuk mereka yang bergelar suami isteri malah boleh di ucap kepada ibu bapa serta saudara mara yang kita sayang... dengan kata mudah, untuk semua manusia yang ada di dalam hati ~

sehingga kini, aku masih lagi tidak dapat melupakan ape yang telah berlaku antara aku dengan dirinya...apa salah aku?! 
kalu nak dipikirkan, memang sampai bile2 pun x akan dapat jawapan...
aku hanya mampu pujuk hati aku dengan doa... terima dengan redha dan relakan pemergian siDIA... DIA bukan untukku walaupun bagiku dia sangat sempurna...
kini kau telah menjadi sahabatku dan akan terus menjadi sahabat sehingga akhir hayatku... 

buat masa sekarang, biarkan hatiku kosong dengan CINTA LELAKI kerna aku senang mencari SAHABAT... kerna tiada kata putus pada PERSAHABATAN ||

SALAM SAYANG BUAT SEMUA PEMBACA ^^

Monday 21 November 2011

in the end of 2011 ^____^

assalamualaikum buat semua pembaca,, ^,^
long time not see...miss my blog damm much!
while actually i already done for my diploma!! finally :)

masa cepat betul berlalu... tahu2 je dah nak akhir tahun... sepanjang nie terlalu bnyk perkara yang berlaku pada aku, samada rela + terpaksa! haha
untuk berkongsi rasa gembiranya aku dengan pembaca... tanggal 4.november.2011, aku merasakan segala p'ngorbanan aku selama nie terbalas dengan result yang aku terima... bersyukurnya aku pada YANG MAHA ESA kerana merialisasikan impian aku untuk m'habiskan study tahun nie + terima segulung diploma.. yahoo, smile like this ^_______^

tapi bile di pkirkan balik, mampukah aku untuk m'jadi seorg nurse pada mereka yang sakit diluar sana? nak jage diri sendiri pun masih x mampu... atau mungkinkah aku mencari jalan lain untuk aku meneruskan impian serta cita-cita yang masih kabur? aku telah cuba m'cari jalan tersebut dan aku m'harap pada pembaca, doakanlah agar apa yang aku inginkan menjadi kenyataan... kerana apa? kerana aku benar2 m'inginkannya... mudah-mudahan... AMIN :)

back to my story, bukan senang kita nak dapat peluang ber "CONVO" twice sepanjang kita belajar, and me salah seorang darinya akan mendapat peluang sebegitu... loike that! :] i will share part of picture that i take during my convocation at collage... 


~ just only a part of them ~


 ~ finally I finish my study ~
SYUKUR ALHAMDULILLAH

so lepas nie aku akan upload gambar time aku convo kat uitm pulak... just wait and see... semoga semuanya berjalan dengan lancar, mudah-mudahan... AMIN :)

so finish about my convo, and now i want share to reader about my NEW friend! wow, how excited i am... ^,^ so perkenalan kitorg bermula time praktikal... tu yang untungnye praktikal nie, bukan je boleh tambah pengalaman + pengetahuan, also boleh tambah kawan... with another collage and another department... memang seronok sebab dari sini kita boleh b'tukar-tukar pendapat and peranan masing2 mengenai kerja... secara jujurnya aku akui mereka semua memang 'sporting' + 'happening'... aku selesa kawan dengan dowg... thanks for being my friend... 

and sampai sekarang kami masih lagi berhubung walaupun mereka dah balik ke kolej semula... aku berharap agar persahabatan nie tak akan t'gantung + t'putus di tengah jalan... terima kasih sangat2 atas friendship ini... really appreciate it!   

tidak lupa juga buat kawan2 lama aku.. EX-SKBBKS... after 9 years, baru kite boleh b'jumpa semula... rindunya aku pada kalian semua x terkata... MISS THEM VERY MUCH! :) 


|| finally and for the last, really LOVE MY FRIEND SO MUCH ||


rasenye sampai sini je la dulu... aku harap pembaca tak bosan and always follow apa yang aku nak share lagi... semoga pertemuan kita kali ini bukanlah pertemuan kali yang terakhir... seandainya panjang umur, kita akan berjumpa lagi tahun depan... doakan kejayaan aku untuk matlamat ku yang seterusnya... INSYAALLAH || 

~ wassalam ^,^ 

Monday 22 August 2011

need support and encouragement

assalamualaikum....

syukur alhamdulillah aku panjatkan ke atas-NYA...dapat lagi aku menghirup udara pemberianMU...x sangke aku mempunyai kekuatan untuk menghabiskan jua praktikal selama 3 bulan tanpa CUTI...hehehe
arini lepas lagi 1 beban...lega rasenye nak balik raya...cume kene lebih fokus untuk kertas kerja yang x siap lagi...

aku benar-benar memerlukan sokongan dan dorongan...pada family + kawan2,,thanks bnyk2...jangan pernah putus kalian memberi semangat pada diriku...aku benar2 memerlukan kalian semua....thanks a lot!!! <3

Friday 12 August 2011

suratan atau kebetulan?

assalamualaikum...
lame rasenye x conteng blog nie...rindu~~

syukur alhamdulillah tggl seminggu je lagi utk ak m'habiskan prktkl 3 bulan nie...rase mcm kejap je mse berlalu...lepas nie sibuk plak ngn kes presentation, audit ngn portfolio x settle, waaa bnyk nye kje tertangguh...='(

urm suratan atau kebetulan...??
perkara nie menjadi tanda tnye bg aku...
perlu ke aku m'harapkannye atau.....
takutnyer aku kalu terkne sekali lagi...tapi kni aku sudah bersedia...biarlah ALLAH sahaja yg menentukannye...sekiranya ade, ade la ia...semoga aku mendapat keputusan yang positif...INSYAALLAH

^_____^

Sunday 3 July 2011

ketentuan-NYA

assalamualaikum...  ^_^

semua orang b'anggapan dan m'inginkan setiap p'hubungan akan b'akhir dengan ikatan yang sah seperti p'kahwinan, tapi x semua akan m'jadi kenyataan...
semua t'ingin nak b'pasangan, (cube cakap ngn ak spe yang x nak?) tapi pernah x kowg semua b'sedia untuk m'hadapi segala kemungkinan yang akan b'laku sepanjang kowg b'couple? (tanye la diri sendiri k ^-^)

ape yang aku cube nak sampaikan kat sini ialah:

~ sewaktu aku b'usia 18 tahun ~
aku akan b'sedia untuk hadapi segala dugaan dan cabaran sekiranye aku d takdirkan b'couple suatu ari nanti..aku akan hargai segala p'buatan dan p'gorbanan yang dia lakukan t'hadap aku.. aku akan m'yayanginye sepenuh hati sepertimane dia m'yayangi diri aku..aku akan setia dan jujur terhadap nye.. itu prinsip aku!!

~ sewaktu aku b'usia 19 tahun ~
alhamdulillah aku d pertemukan dengan seseorg..YA dia lah insan PERTAMA yang pernah datang dalam hidup aku..mule2 mcm x caye je yang aku dah kapel..pada awal p'hubungan semuanye indah belaka..di sebabkan jarak dan tempat kami t'lalu jauh, msg/calling  jela yang dapat m'hubungkan kitowg..banyak kali jgk plan nak jumpe, yela jarang jumpe kan..tapi jumpe jgk la, tu pun 2 kali je sblm ktowg putus..sebab musabab yang PERTAMA dia bukan jodoh aku, dan yang KEDUA sebab dia dah kapel ngn orang lain sewaktu dia masih lagi kapel ngn aku..urm bayang jela ye mcm mne perasaan aku waktu tu..

~ sewaktu aku b'usia 20 tahun ~
sekali lagi aku d beri peluang untuk merasai kebahagian hidup b'pasangan..mulenye x t'pkir pun sampai nak kapel sebab aku anggap mcm kawan je..masih serik kowt..aku x bpe berani dan takut d permainkan lagi..nak d jadikan cite, akhirnye kami couple jgk tapi yang nie lain skit sebab aku rase mcm d hargai sgt2, kami saling b'kongsi masalah b'sama, b'kongsi info2 m'genai islam b'sama, saling caring antara 1 sama lain, slalu gak la study same2 walaupun dalam jarak yang jauh, dan yang paling m'gembirakan aku kami slalu gak hang out bersama..happynye aku time tu...
perkara yang paling aku x boleh lupekan waktu aku ngn dia wat surprise birthday untuk my mummy..thanks a lot kamoo..dia jugak pernah jumpe ngn my mummuy dan aunty waktu bulan puase..ade 1 kejadian yang m'cuit ati b'laku aritu, tapi biarlah ianya m'jadi rahsia kita..^_^
dia juga slalu b'kongsi tentang ilmu2 agama kepada aku..antara artikel yang dia pernah antar kat aku :


Wahai sahabat Muslimat Sekalian, 

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….


Hawa....
      

       Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....


Hawa....
    

      Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
    Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum
bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu,
suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!
Hawa....
    

    Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....


Hawa....
    

     Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?


Hawa...
    

      Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!


Hawa....
    

      Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.


Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

 Firman Allah swt:

   
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
    Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
    “DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”








Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....


Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu


Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)


Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu

Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?
Adakah kau lupa? Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!
Adakah kau lupa? Janji ALLAH itu pasti ...


Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa

walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah

Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu
Tetapi....
Hakikatnya,

Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,

Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,



Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,

Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....


Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya

Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai


Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?


Wanita.....
Sedarlah

Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....


Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu



tu lah di antara artikel yang pernah dia beri pada aku..aku rase diri nie d hargai sangat2 sebab dia x jemu2 m'beri dorongan serta nasihat untuk aku jadikan sebagai panduan hidup..dia juga sanggup belikan aku buku "JADILAH WANITA YANG TERPUJI DUNIA-AKHIRAT", aku dapat rasekan betapa dia m'jaga peribadi ku daripada perkara2 yang di tegah oleh ALLAH, betapa dia m'yayangi diri aku supaya aku m'jadi seorang perempuan yang lebih sempurna untuk dirinya..betapa beruntungnya aku memiliki dirinya pada ketika itu...

kini tiada lagi semuanya...tanggal 15.february.2011, hancur segala harapan..t'mungkir segala janji yang pernah di lakukan bersama...tiada lagi kata2 yang slalu d ucapkan tiap hari..cuma yang tinggal hanya kenangan kami b'sama, sewaktu suka + duka..yang menemani aku hanya air mata + kenangan serta kesakitan yang x mungkin akan di lupakan sampai bila2..

YA, aku sudah memaafkan segala p'buatan yang telah dia lakukan terhadap aku tapi untuk aku melupakan segalanya tidak begitu mudah..SEHINGGA KINI, aku masih lagi x dapat m'lupakan segala p'buatannye t'hadap aku..dari awal p'kenalan kami sehingga kami b'pisah, masih segar dalam ingatan aku..

bukan la kerana aku masih m'yayangi diri mereka, TIDAK SAMA SEKALI..kini aku hanya m'anggap mereka sebagai kenangan + seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku serta seorang SAHABAT..tak lebih dari tu..

tidak la serik untuk b'cinta lagi cume aku memerlukan masa untuk kembalikan kepercayaan ku terhadap seseorang yang b'gelar LELAKI..aku harap kali nie seandainya aku d pertemukan dgn seseorg, biarlah dia dapat menerima seadanya tentang diri aku serta dapat memahami dgn prinsip aku..INSYAALLAH

...AKU REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA...











Tuesday 28 June 2011

sabar jela...

salam kawan2 ku, mggu nie dah masuk minggu yang ke 5 ak praktikal kat HTAA tapi ak rase mggu nie la yg paling bosan + malas + tak seronok + tension nak g kje...kenape..?? sebab semuanye m'yakitkan hati....

bayangkan dapat praktikal kat unit endoscopic, ye mmg seronok sebab dapat tengok sendiri bahagian yg ade kat dalam bdn kite mcm esophagus, perut, usus kecik ngn besar..mmg susah nak dpt p'galaman mcm nie...kire b'syukur la jgk sbb d  beri peluangkan tapi yang x seronok nye sebab aku nie keje nye dalam tu observe jela dalam situasi BERDIRI saje!!!...dah la opis hour, dgn air-cone lagi...borink kowt!!! (ade la gak tolong staff nurse prepare sblm procedure ^-^)

tension plak mcm biase la..sedar aku nie cume tumpang hospital dowg tapi jgn la tunjuk sangat kalau x suke ngn student swasta...kesian kowt kat ktowg nie, datang utk belajar bkn nye untuk jadi staff kat dlm tu...asal x dpt skit je nak marah, asal salah skit je nak ngate...dulu staff pun penah jadi stdnt gak kan..?? kalau doktor jangan cakap la...ramai gak pakar dalam tu, mne yg baek mmg baek sgt2, yang sebaliknye pun ade gak tapi pkir2 la sendiri mcm mne...

urm x pela, ade 3 hari lagi aku keje kat situ sblm aku g keje kat wad psy...harap2 staff kat wad psy tu dapat terime ktowg seadanye as a student...doakan la ak dapat tempuh lagi 3 hari nie...mudah-mudahan semua nye b'jalan dengan lancar...AMIN...^_^

Monday 27 June 2011

...kini hanya tinggal kenangan...

"bile kakak balik lagi?", "belajar rajin-rajin ye, nanti bile dah jadi misi jangan garang2 dengan orang", "kakak tengah tengok cite ape tu?", "kakak tengah masak ape tu?"...


kini tiada lagi ungkapan sebegitu terhadap aku..selalunye setiap kali aku balik kampung, slalu perkataan tu yg aku dengar tapi skrg...hanya kenangan...


arini genap almarhum nenek aku pergi buat selamenye...tanggal 20.june.2011 jam 12.50 tghari, nenek aku m'hembuskan nafasnye yg t'akhir d hadapan suami t'cinta iaitu atuk aku, anak sulungnye (ayah) dan cucu sulung (abang aku)...ak dapat berite nie time kat tmpt kerje, mase tu kat dalam lif nak g teman member beli lauk..ak x pkir malu dah kat depan cafe tu jgk ak nangis...mane tahan kowt tibe2 dgr beritu mcm tu..


pagi tu arwah sangat2 sihat, siap g b'urut ngn atuk n abg aku..balik dari tu die tidur 1/2 jam..bgn je terus ngadu bengkak muke ngn mate..lagipun die mmg ade asthma dari dulu..bwk g klinik dalam 20 minit die kat sane, die dah x de untuk selamanye..jangan kan aku, semua org t'kejut..x sangke kowt..pagi tu elok je, siap lambai lagi dekat jiran sblm nak g b'urut tu..nak wat mcm mne, sudah takdir menentukan yg arwah pergi pada hari dan waktu tersebut..


aku sebagai hambaNYA dan cucu hanya mampu redha dan tabah serta merelakan p'mergiannya..kerana yg hidup harus juga di teruskan kehidupan..aku kne kuat sebab masih ade lagi yg memerlukan sokongan dan dorongan daripada aku..YA ALLAH, engkau tempatkan lah nenek ku di tempat orang2 yang beriman di sisiMU..AL-FATIHAH





Sunday 19 June 2011

always in my heart

just wanna share with u all semua...nie la insan2 yg slalu berada d saat ak memerlukan,,susah + senang + suka + duka..

firstly,i want introduce my beloved family...family yang penuh dgn kasih sayang,,perhatian,,dan saling hormat m'hormati...lurve them very much!!!




my daddy and mummy



abang and amin




sulung ngn yg bongsu ^_^



~full with love~
^_^

next about my friend...
sayangnye ak pada kawan2 x dpt nak d gambarkan...mereka tempat ak m'gadu dan b'kongi masalah sewaktu ak b'jauhan dgn keluarga...terlalu bnyk kenangan kite b'same...x dpt ak nak lupekan kowg semua...nie la mereka d antaranye ::>


high school friend's..miss them a lot!!


Ni kakak angkat ak,,walaupun kami x pernah lagi b'sua muke,,ak tetap sayang dan hormat die sebagai sorg kakak...ak harap sgt dpt jmpe dgn dirinye...miss u kak ~~





tidak lupe jua pada classmate ak yg slame nie bnyk kenangan b'sama slame 3 tahun 1/2 ak b'gelar pelajar dlm diploma kejururawatan uitm..walaupun kadang2 kite x sehaluan,,tapi kowg tetap kawan2 ak smpai skrg...

so mcm biase,,slalunye di usia mcm nie kite mesti dah ade seseorg yg sesuai utk d jadikan teman semasa kesunyian dan dienye utk kite slamenye atau teman utk d jadikan p'mainan...tapi bagi ak,,cukup la pengalaman yg dulu sbb ianya benar2 m'gajar ak erti kehidupan yg sebenar..bkn semua yg kite kehendaki akan m'jadi milik kite slamenye...kadang2 bnde yg kite syg itu sbnrnye sgt buruk bile die dkt ngn kite tapi bile bnde yg kite sangke buruk tu sbnrnye sgt b'harga bile die dkt dgn kite..ak redha atas ketentuan-NYA..sesungguhnye DIA maha mengetahui segalanya...


k la,,smpai sini dulu...ade mase lagi ak update news baru...see ya!!  

Saturday 18 June 2011

untuk PERTAMA kalinye...^_^

assalamualaikum...

first and foremost,,thanks to kamoo...sebab kamoo tetibe t'niat nak create blog sendiri...sbnrnye dah lame idam nak wat cume x thu and x reti nak start mcm mne...and now,,this my new life in this area...welcome to my blog my friend ^_^

so aktiviti arini sgt membosankan...dapat 2 ari cuti 2 ari jugak la duk umah je bagai kan penjara...borink kowt duk umah sowg2...nasib ade laptop n external...masuk nie dah 3 cite korea ak habiskan...esok g kje ckp korea la ak...hahaha

ok smpai sni dulu...bile2 nanti ak update cite baru lagi...pape pun ak masih bru kat sini...so mintak tunjuk ajar dan panduan dari kowg yg dah master bnde alah nie...^_^ Wassalam...