Thursday 23 July 2015

2015

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku menyepi.. Hampir setahun lebih.. Bukan setakat berabuk,segala jenis sawang semua ada dah dalam ni😂😂

Tiada yang penting untuk aku tulis malam-malam buta ni.. Sekadar ingin rajin menulis semula..

InsyaAllah ada kelapangan,nak sambung tulis kembali kisah-kisah kini.. Be strong!!💪🏻💪🏻

Monday 13 May 2013

Diri ini yang tidak sempurna

Di waktu malam yang dingin sebegini,aku tidak mampu lelap.. Jam menunjukkan pukul 11.47 malam.. Aku mengimbas kembali apa yang aku lakukan seharian.. Lebihkah aku pada dunia atau sebaliknya atau sama rata? Ku akui aku melebihkan dunia dari akhirat.. Diri yang terlalu lemah dengan godaan selalu tersasar dari niat yang sebenar.. Hati kata lain tapi perbuatan buat yang lain.. Sampai bilakah aku harus begini? Mengapa harus ditangguh2? Diri ini terlalu lemah dan tidak sempurna~

Saat seperti ini hanya pada Allah aku memohon pertolongan.. IMAN : sesuatu yang turun naik pada manusia.. Kalau dah lama tidak menghadiri kelas macam ini la jadinya.. Insaf dan menyesal waktu ustaz/ustazah memberi nasihat.. Kadang-kadang aku perlu berseorangan untuk aku muhasabah diri.. Terkenang setiap apa yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup menumpang dibumi Allah ini.. Adakah cukup bekalan aku untuk aku berjumpa denganNya nanti di akhirat? Mampukah aku untuk memasuki syurgaNya? Tepuk dada tanya IMAN~

Ku akui aku memerlukan orang disekeliling untuk memberi sokongan dan dorongan.. Keluarga dan sahabat handai aku telah punya cuma seseorang yang tidak lagi.. Aku yakin Allah telah mengatur sesuatu yang baik untukku.. Tidak dinafikan,setiap kali mendapat jemputan Walimatus urus dari sahabat2,aku gembira kerana mereka ingin melakukan ibadah tapi dalam masa yang sama aku sedih.. Selalu tertanya-tanya bilakah giliran aku? Baik senior,junior sekolah rendah/menengah/kolej tambah lagi yang sebaya dengan aku sudah ada anak! Ya Allah,kuatkan hati ini untuk bersabar dengan cabaran yang aku tempuhi ini.. Walau aku tetap menafikan tapi perasaan itu tetap juga datang.. Sungguh aku tidak kuat~

Aku tidak terlalu memilih.. Apa yang penting pada seseorang itu adalah agamanya.. Seandainya dia mencintai diri ini kerana Allah maka aku jua akan mencintai dirinya kerana Allah.. Ibu pernah berpesan padaku "Carilah orang yang beragama,insyaAllah dia tidak akan mengheret kita ke neraka malah akan membimbing dan membawa kamu ke syurgaNya".. Pesan yang selalu aku pegang untuk mengelak dari kejadian dahulu berlaku kembali.. Satu perkataan yang mampu aku katakan 'Serik' ~

Bila difikirkan semula,sebenarnya aku sendiri yang perlu sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara.. Allah memberi dugaan serta cubaan pada hambaNya mengikut kemampuan hamba itu sendiri.. Allah sedang menguji tahap keimanan seseorang itu terhadapNya.. Andai kita dapat menerima dengan hati yang terbuka maka kita akan peroleh ketenangan.. Bersangka baiklah pada Allah.. Sesungguhnya Dia tidak pernah kejam pada hambaNya kerana setiap perkara yang sedih/gembira menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya.. Andai soal jodoh itu menerawang di fikiran,cepat-cepat aku pujuk diri ini dengan mengatakan bahawa "belum sampai masanya lagi untuk aku hidup berdua..mungkin dalam kehidupan yang seorang ini masih belum teratur..Allah memberi aku peluang untuk aku perbaiki diri ini untuk menjadi seorang 'zaujah' yang bertanggungjawab pada 'zauj'nya".. Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu.. Aku menanti saat itu dengan penuh kesabaran..😄😄😄😄                       

Thursday 2 May 2013

1 year almost

Assalamualaikum wbt, Syukur alhamdulillah hampir semua yang aku inginkan telah aku peroleh cuma diri ini yang tidak menyedari dan bersyukur dengan nikmat dan kesenangan yang diberi..Hampir setahun ana tidak meng"update" blog ini.. InsyaAllah kali ini blog ini akan selalu ana update untuk berkongsi segala ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama..semoga diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk ana menulis lagi..sampai sini dahulu untuk kali ini..semoga kita dapat berjumpa di lain lembaran..

Wassalam~

Sunday 20 May 2012

UiTM di hatiku :)

assalamualaikum w.b.t

no idea untuk memulakan cerita... so terus jela ea ke tajuk utama... hehe >_<

sejak aku dibangku sekolah rendah lagi, aku memang b'cita-cita untuk menyambung pengajian di universiti teknologi mara (uitm)... aku x tahu kenape bile orang sebut2 tentang uitm aku jadi lebih semangat nak belajar... mungkin sebab uitm 1 universiti yang amat terkenal, lagipun setiap negeri ada 1 kampus yang khas khusus untuk fakulti2 yang terpilih... kire hebat la tu! hehe =>

tapi semuanya hilang dalam sekelip mata ketika aku mula melangkahkan kaki masuk ke alam sekolah menengah... aku terlalu 'lost' ketika itu... biase la budak kecik baru nak 'up' jadi remaja, aku banyak abaikan pelajaran + sibuk dengan aktiviti (sukan, amal islami) dan last2 nye bile result dah kuar, nyesal gler tak belajar rajin2 dulu... T_T

time permohonan upu keluar, aku excited apply... U yang pertama aku apply mestilah uitm, course ape aku dah lupe :p waktu result keluar dan dukacitanya aku tak dapat sambung ~ aku rase sedih sangat2... 'nasi sudah menjadi bubur' luluh hati aku... aku terus memikirkan mase depan aku... apa aku perlu buat sekarang?! aku memohon petunjuk dari Allah semoga diberi kesempatan untuk aku merasai juga 'life' seorang student U... alhamdulillah doaku dimakbulkan... aku diterima masuk 1 kolej yang bekerjasama dengan uitm (universiti yang aku suka! hehe) dalam jurusan kejururawatan... kebetulan pada tahun tu, nursing memang amat diperlukan so lepas dipikir2 semula mungkin rezeki aku ada disana...

mungkin cara p'belajaran aku dikolej dengan student yang di induk amat berbeza, tetapi ada juga persamaan antara kami seperti 'paper final exam'... dalam masa yang sama, aku turut merasai seperti student mereka yang disana... :) perjanjian mula2 belajar cuma 3 tahun tapi disebabkan kecuaian aku sendiri terpaksalah tambah lagi 1 sem... aduh sakitnye waktu tu aku dan Allah saje yang tahu... kecewanye aku sebab dah menghampakan harapan ibu dan ayah... rasa bersalah sangat2... :'(

pada 1 sem tambahan itulah aku menebus kembali kesalahan yang dulu... aku berazam untuk m'habiskan juga pengajianku pada tahun itu... aku bekerja keras dengan harapan azamku akan tercapai... selain itu, memohon doa daripada Allah serta restu daripada ibu dan ayah akhirnya aku berjaya juga menamatkan pelajaranku pada penghujung tahun 2011... syukur yang t'amat! alhamdulillah :)

pada tanggal 14.mei.2012, aku menghadiri majlis konvokesyen untuk diriku buat pertama kalinya... syukur alhamdulillah, walaupun aku tidak berkesempatan untuk belajar di induk, peluang aku konvo di induk merupakan 1 kenangan yang tak mungkin aku lupakan... kenangan terindah untuk aku ~ ^_^

tempat aku convo... insyaAllah sekiranya ada umur yang panjang, aku akan datang lagi kesini... AMIN :)

~ convocation yang ke-76 ~

aku sidang yang ke-4 tapi yang pertama untuk hari tersebut... (fakulti sains kesihatan)

dalam short list aku bernombor 43 tapi in long list aku yang ke-503! huhu O_O

lirik lagu uitm ^_^

syukur alhamdulillah impian aku tercapai :)
NURULL ATIQAH BINTI AZMI
DIPLOMA KEJURURAWATAN (HS110)

senyum dengan kesyukuran ~ terima kasih Ya Allah

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... semua teman2 termasuk aku gembira dengan kejayaan yang kami kecapi... bagi aku, akan aku jadikan hari tersebut pembakar semangat untuk aku menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya... semoga cita2 aku kali ini akan dimakbulkan 1 hari nanti... insyaAllah, AMIN :)

wassalam ~

Friday 4 May 2012

full with memory :D

assalamualaikum w.b.t
syukur alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk hidup diatas muka bumi milik Allah S.W.T... terlalu cepat masa berlalu... sekarang umur aku dah 22 tahun... rasenye baru semalam aku habiskan zaman belajar kat sekolah... hehe
rindu betul zaman sekolah sejak duduk rumah lepas je habis belajar diploma dulu... rindu nak belajar balik... huhu T_T
tengah dok belek2 album tadi, nie la half gambar yang aku dapat ~


gambar nie zaman aku sekolah rendah... sekitar tahun 2002, aku darjah 6... gambar nie salah satu kenangan waktu sekolah rendah... sebelum exam UPSR... miss this moment... masing2 excited nak b'gambar time nie... XD  aku duduk dua dari kanan :)

gambar nie plak betul2 last day exam SPM... malam tu kitowg wat jamuan perpisahan cikgu2 ngn student kat dewan makan aspura... sportingnye time tu pengetua pun join skali... mmg syok la... menu BBQ, air aku lupe... haha 
mereka semua sebahagian dari teman2 rapat dan seperjuangan aku masa kat SAMTK dulu... kalian semua adalah kenangan aku ~ ^_^

                                       +

mereka berenam merupakan sahabat dan adik2 aku waktu sekolah dulu... mereka sentiasa berada disisi aku waktu senang dan susah... walaupun mereka 2 tahun lebih muda dari aku, kami saling hormat-m'hormati antara 1 sama lain... aku memerlukan mereka dan mereka juga memerlukan aku... alhamdulillah kami berkawan sampai sekarang... gambar nie diambil waktu jamuan asrama tahun 2007, last year aku kat sekolah and last year aku sekolah dengan mereka... kata2 tu juga mereka bagi kat aku sebelum nak exam SPM, belakang sekeping gambar... terharu aku melihatnye... lurve u guys ^______^

nie gambar aku dengan kawan rapat yang aku kenal dari sekolah rendah lagi... namanye Siti Nabihah Binti Mat Shahri... :) kebetulan, die dapat 1 sekolah menengah dengan aku, okeyla kan... tapi kat sekolah kitowg x brape rapat sangat sebab die pandai lagi dari aku, so kitowg jarang jumpa... huhu tapi x de la sampai x b'tegur sapa... kadang2 ada gak aku jumpa die tanya pasal pelajaran... hehe mentor aku kat sekolah nie :D kami berkawan sampai sekarang, die dah seperti ahli keluarga aku sendiri sebab ibu pun dah kenal die... cuma sekarang nie kami jarang jumpa sebab die dah sambung degree kat UUM, aku je yang belum lagi... mungkin belum rezeki... be patient ~ >_<

 
lastly gambar nie aku snap waktu jamuan akhir SPM juga... die budak kelas aku, banyak benda aku belajar dari die... seseorang yang sangat kreatif... boleh dikatakan setiap kali birthday, musim test ngn exam, hias bilik & kelas mesti guna hasil tangannya... die rajin buat kad guna kertas warna... cantik plak tu... jimat pun jimat hehe... so aku belajar buat benda2 tu semua dari beliau la... aku simpan lagi semua kad yang die bagi dari form 2 sampai form 5 and mostly kad birthday... really appreciate that...thanks ea sebab sudi share ilmu dengan aku >_^
 
GUYS, KITA KAWAN SAMPAI AKHIR HAYAT TAW! hehe okey that's all ~ wassalam O_<
 

Monday 16 April 2012

andai aku di sisimu



Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu

Sunday 15 April 2012

peroleh ketenangan hidup

assalamualaikum w.b.t,

urm dah lame sangat dah blog nie tak b'update... x la busy mane pun cume skrg nie dok membusykan diri m'hantar resume ke hospital dan klinik yg m'merlukan fresh graduate mcm ak :p

bulan april :: aku rase bulan yg paling busy untuk aku (MENGURUS KERJA KHAWIN) hehe... awal bulan tadi cousin ibu baru kawen... nice la, warne itam putih + songket... mcm org zaman dolu2... hehe
masuk mggu ke-2, jiran merangkap mak angkat ( sbb anaknye anak angkat ibu so aku pun tumpangla skali ^_^) plak yg buat kenduri... letih tapi mmg m'yeronokan... :) and yang paling latest, pak cik aku engagement... syukur alhamdulillah semuanya b'jalan dengan lancar... aku pun turut tumpang gembira (:

syukur alhamdulillah, kehidupanku sekarang makin tenang... tak pernah aku rasekan setenang seperti sekarang... semua perkara yang aku lakukan b'jalan dengan lancar... b'syukur sangat2 sebab aku sempat merasai sebelum aku menutup mata buat selamanya...

zikir ini yang membuat peneman aku ketika dalam kesedihan, keresahan serta dalam kemarahan... zikir2 yang memuji kebesaran Allah disampaikan pula oleh alunan muslim musician :: abang Hafiz Hamidun... sayu dan tersentuh hati aku m'dengarnya...

                                           
 ~ salah satu zikir yang terdapat dalam album Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun ~
                                             one of my favourite


sekarang nie aku agak t'kilan sikit la sebab sampai sekarang aku tak t'jumpa lagi album nie... mungkin ada kat kedai2 cd yang besar je kowt... so kawan2 yang dah t'baca post nie, kalu t'perasan albumnye tolong ea bgth aku kat mane ada jual...


                                                 kulit album


rasenye sampai sini jela dulu... insyaAllah kalu ade apa2 program lagi, aku post la kat sini... tu pun kalu rajin la... hehe insyaAllah mudah-mudahan aku sentiasa sihat dan rajin untuk menaip :)
pesanan aku untuk semua pembaca :: tingkatkan la keimanan kita untuk mendapatkan redha daripadaNYA... wassalam ^_^