Monday 13 May 2013

Diri ini yang tidak sempurna

Di waktu malam yang dingin sebegini,aku tidak mampu lelap.. Jam menunjukkan pukul 11.47 malam.. Aku mengimbas kembali apa yang aku lakukan seharian.. Lebihkah aku pada dunia atau sebaliknya atau sama rata? Ku akui aku melebihkan dunia dari akhirat.. Diri yang terlalu lemah dengan godaan selalu tersasar dari niat yang sebenar.. Hati kata lain tapi perbuatan buat yang lain.. Sampai bilakah aku harus begini? Mengapa harus ditangguh2? Diri ini terlalu lemah dan tidak sempurna~

Saat seperti ini hanya pada Allah aku memohon pertolongan.. IMAN : sesuatu yang turun naik pada manusia.. Kalau dah lama tidak menghadiri kelas macam ini la jadinya.. Insaf dan menyesal waktu ustaz/ustazah memberi nasihat.. Kadang-kadang aku perlu berseorangan untuk aku muhasabah diri.. Terkenang setiap apa yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup menumpang dibumi Allah ini.. Adakah cukup bekalan aku untuk aku berjumpa denganNya nanti di akhirat? Mampukah aku untuk memasuki syurgaNya? Tepuk dada tanya IMAN~

Ku akui aku memerlukan orang disekeliling untuk memberi sokongan dan dorongan.. Keluarga dan sahabat handai aku telah punya cuma seseorang yang tidak lagi.. Aku yakin Allah telah mengatur sesuatu yang baik untukku.. Tidak dinafikan,setiap kali mendapat jemputan Walimatus urus dari sahabat2,aku gembira kerana mereka ingin melakukan ibadah tapi dalam masa yang sama aku sedih.. Selalu tertanya-tanya bilakah giliran aku? Baik senior,junior sekolah rendah/menengah/kolej tambah lagi yang sebaya dengan aku sudah ada anak! Ya Allah,kuatkan hati ini untuk bersabar dengan cabaran yang aku tempuhi ini.. Walau aku tetap menafikan tapi perasaan itu tetap juga datang.. Sungguh aku tidak kuat~

Aku tidak terlalu memilih.. Apa yang penting pada seseorang itu adalah agamanya.. Seandainya dia mencintai diri ini kerana Allah maka aku jua akan mencintai dirinya kerana Allah.. Ibu pernah berpesan padaku "Carilah orang yang beragama,insyaAllah dia tidak akan mengheret kita ke neraka malah akan membimbing dan membawa kamu ke syurgaNya".. Pesan yang selalu aku pegang untuk mengelak dari kejadian dahulu berlaku kembali.. Satu perkataan yang mampu aku katakan 'Serik' ~

Bila difikirkan semula,sebenarnya aku sendiri yang perlu sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara.. Allah memberi dugaan serta cubaan pada hambaNya mengikut kemampuan hamba itu sendiri.. Allah sedang menguji tahap keimanan seseorang itu terhadapNya.. Andai kita dapat menerima dengan hati yang terbuka maka kita akan peroleh ketenangan.. Bersangka baiklah pada Allah.. Sesungguhnya Dia tidak pernah kejam pada hambaNya kerana setiap perkara yang sedih/gembira menimpa kita pasti ada hikmah disebaliknya.. Andai soal jodoh itu menerawang di fikiran,cepat-cepat aku pujuk diri ini dengan mengatakan bahawa "belum sampai masanya lagi untuk aku hidup berdua..mungkin dalam kehidupan yang seorang ini masih belum teratur..Allah memberi aku peluang untuk aku perbaiki diri ini untuk menjadi seorang 'zaujah' yang bertanggungjawab pada 'zauj'nya".. Ya Allah,aku bersyukur kepadaMu.. Aku menanti saat itu dengan penuh kesabaran..😄😄😄😄                       

Thursday 2 May 2013

1 year almost

Assalamualaikum wbt, Syukur alhamdulillah hampir semua yang aku inginkan telah aku peroleh cuma diri ini yang tidak menyedari dan bersyukur dengan nikmat dan kesenangan yang diberi..Hampir setahun ana tidak meng"update" blog ini.. InsyaAllah kali ini blog ini akan selalu ana update untuk berkongsi segala ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama..semoga diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk ana menulis lagi..sampai sini dahulu untuk kali ini..semoga kita dapat berjumpa di lain lembaran..

Wassalam~